Rabu, 2 Oktober 2013

Ditulis pada hari Rabu, 2 Oktober 2013 3 comments

Tatkala sampai di Masjidil Haram ting 3 pintu no.91,  King Fahad, ruang solat wanita kelihatan penuh..panjang leher saya mencari jika ada ruang kosong. ..di hujung sebuah tiang, seorang tua melambai2 memberitahu di sebelahnya ada ruang untuk saya. ..syukur..
Allah mudahkan untuk saya solat di tingkat kegemaran saya itu.


Wanita tersebut ialah warga Mesir. Saya tahu dari tag lencana yang di pakainya...selain itu bahasa pertuturannya...


Saya tegur wanita itu... "izzayyik ya mama"(apa khabar makcik? ) dalam bahasa pasar Mesir...wanita itu menoleh saya sambil tersenyum lebar girang seraya berkata "kunti min masr?" (Awak dari Mesir? ) saya jawab "lak...ana min Malizia" wanita itu berkata "syuftu enti zai Masr" (saya lihat anda seperti orang Mesir) mungkin bahasa yang saya gunakan atau mungkin saiz badan saya yang besar seperti mereka...


Saya beritahu wanita Mesir itu :
“ darastu fil masr"
Dia bertanya:
"Fen darasti?"
Saya jawab:
"Bil Eskandariyyah" Wanita itu lebih gembira bila tahu yang markaz pelajar Malaysia terletak di Mandarah kerana rumahnya juga fi Mandarah. 
Wanita tersebut terus menarik saya, memeluk dan mencium saya berkali2...ada rembesan air di mata nya...
Saya tanya :
"Enti tabki leh ya mama?"
(Kenapa awak menangis?)
Beliau menjawab:
"Ana za'lan awi 'asyan Eskandariyyah dil wakti musy zai abli kedah"
(Saya sedih sebab Eskandariyyah sekarang tak macam dulu)
Beliau pun bercerita tentang rampasan kuasa boleh tentera dan tentang pembunuhan rakyat Mesir.


Di akhir pertemuan beliau berbisik pada saya :
"Ud3uu kai Masr wa Morsi fi ri3ayatillah"
(Doakan supaya Mesir dan Morsi dalam pemeliharaan Allah)
Saya jawab : "Insyallah. ..tob3an"


Wanita Mesir itu memperkenalkan semua saudara maranya dan sahabat handainya dan menghadiahkan saya seutas tasbih.


Syukur saya masih boleh bertutur dalam bahasa Arab Ammiyah Mesir...... Benar Mesir sangat dekat di hati saya...4 tahun belajar di sana melayakkan saya di gelar "Askandarani".


Uhibbu Masr....Uhibbu Eskandariyyah hubbab jamman ♡♡♡♡♡

3 comments: