Sabtu, 3 Ogos 2013

Ditulis pada hari Sabtu, 3 Ogos 2013 2 comments

Seperti rutinnya saya sekeluarga akan menjenguk rumah ke2 kami di Sg Dusun setiap hujung minggu. Oleh kerana banyak nya urusan...kami sampai lewat. Lebih kurang jam 6.45 petang. Serik dengan lauk pauk yang dibeli di bazaar Ramadhan, saya masak juga walaupun kesuntukan masa. 


Pucuk ubi rebus

Pucuk kadok ulam

Belimbing buluh lagi....

Saya gorengkan ikan gelama dan masak cili berapi dengan belimbing buluh

Bahan - bahannya ialah :

7-10 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 cm belacan

--------------------------

Semua bahan dikisar dan ditumis. 
Masukkan hirisan belimbing buluh, gula dan garam secukup rasa.

# inilah menu segera selera kampung 
#menu tambahan ialah telur dadar (tidak dipaparkan di sini)



2 comments:

  1. Balasan
    1. Saya pun org kamdar...ujung minggu kampung awal minggu bandar =kamdar

      Padam