Jumaat, 2 Ogos 2013

Ditulis pada hari Jumaat, 2 Ogos 2013 4 comments
Sebenarnya saya tak tau nama sayur ni. Saya panggil sawi pendek. 

Yang saya tau...selalunya sayur ini dimasak bersama tauhu. Juga selalu saya lihat  sayur ini dimasak tidak dipotong-potong. 

Nak ikut menu sebenar tauhu tak beli. So kira ini menu rekaan sendiri je...


CARA MASAK SAWI PENDEK

2 jambak sawi pendek
2 Bawang putih 
1 sudu tepung jagung
1/4 kiub ayam
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
1 cawan air
Minyak untuk menumis (lebih sedap guna minyak mazola)

**************

1) Tumiskan bawang putih bersama kiub ayam
2) Masukkan air.. bila mendidih, masukkan sawi
3) tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam (jika suka)
4) masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. (Dalam gambar di atas saya menggunakan tepung gandum sebab tepung jagung takde...nakal kan? Sesuka hati je...)
5) dah siap...dan suami saya suka kannya...




Categories: , ,

4 comments:

  1. selalu juga nmpk sayur nie tp x tau nak masak ape. hehe thanks resepi sket :)

    BalasPadam
  2. Bak choi namanya.. Org cina sllu msk syur sup atau msk tauchu... Sy mmg suka sawi bak choi berbnding sawi hijau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo...bak coi...br pertama kali dengar...tq maria

      Padam