Jumaat, 5 Julai 2013

Ditulis pada hari Jumaat, 5 Julai 2013 8 comments
Minggu lepas, biras saya datang nak belajar buat kuah mee udang. Katanya untuk berniaga dalam bulan Ramadhan nanti...hehe....mula tu rasa macam lucu je....rasanya kuah mee saya ni macam biasa je... bila saya tanya...biras saya kata dia pernah rasa. ..dan dia sukakannya...


Orang dah berhajat...saya pun cubalah tunaikan...

Bahan - bahannya ialah :

1 mangkuk Udang kerpai. ..ada orang panggil udang geragau. Dikisar dengan bawang

1 biji besar Bawang dikisar

3 biji Bawang putih dikisar

3 senduk Cili kisar

5 biji Keledek direbus dan dikisar dengan 2- 3 cawan air

1 senduk Serbuk kari 


1) Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili kisar, udang kerpai dan serbuk kari dengan 2 senduk minyak hingga naik bau...

2)Kemudian barulah masukkan keledek dan udang basah (jika mahukan rasa yang enak) 

3) tambahkan3-5 cawan air

4) Masukkan gula, garam dan asam keping secukup rasa.

5) tunggu sehingga kuah mendidih dan pekat


Tadaaaaa. ..inilah kuah mee udang suteraUngu


Categories: , , ,

8 comments:

  1. Sedapnya..lapar pulak saya tengok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi...ainim...boleh cuba bt nnt ye...

      Padam
  2. Emmm..tgk pun dh menyelerakan... Cuma sedihnya sy x lehnmkn udang alergik... Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maria...boleh ganti udang dgn daging. ..lagi sedap...

      Padam
  3. Ya Allah, tengah lpar niee.
    Sedp pulakk tengok gambar tuuuu T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eiqa...kalau dkt boleh sy bg rasa...cubslah buat ye

      Padam
  4. Boleh cuba resepi ni. Nampak senang je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba li...mmg senang...cuma kuah tu kena masak lama sikit bg betul2 mesra...hihi

      Padam