Sabtu, 20 Julai 2013

Ditulis pada hari Sabtu, 20 Julai 2013 No comments
Dalam berdo’a jangan merasa jemu dan kecewa kerana Allah beserta orang-orang yang sabar.

Jangan pernah jemu untuk memohon keampunan kerana syaitan tidak pernah jemu untuk menarik anak Adam untuk bersamamya di dalam neraka..nauzubillah

Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)

Jangan jemu bermunajat dan meminta kepadaNya...

Jika hambaku mendekati-Ku sejengkal, Aku (Allah) akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan dekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

-----------------------------------
Jemu Makan Nasi

Tidak kiralah jemu nasi ke...jemu ikan ke...asalkan selera makan ada...saya ada seorang kawan yang tiada selera makan...pada mulanya jadi bahan usikan kawan-Kawan...dietla.. kurusla...lama kelamaan jadi penyakit..

Oleh itu....bersyukur lah...apa pun yang kita makan, yang penting kita masih punya selera makan.

Jemu Lauk Ikan


Al maklumlah...selera bulan puasa ni berbeza-beza...lebih2 lagi jika waktu sahur...tidak mengapa lah. ..ia menjadikan saya seorang yang kreatif mempelbagaikan menu masakan. .. ini ialah :

 Masak Kicap Telur

Masak campak2 macamni sebenarnya mampu membangkitkan selera luar biasa. ..lebih2 lagi jika ianya menu bunda zaman kita kanak2 dulu. ..hihi...cubalah..

**tumiskan bawang besar dan bawang putih
**masukkan sos cili dan kicap
**letakkan cili padi
**masukkan telur yang telah digoreng dadar
**boleh dihidangkan

Ramadhan Kareem! 



0 comments:

Catat Ulasan