Jumaat, 19 Julai 2013

Ditulis pada hari Jumaat, 19 Julai 2013 2 comments
Kelebihan Berpuasa Ramadhan

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

    1) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah

    2) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

    3) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

    4) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan  minumnnya kerana Aku.

     5) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

-------------------------------------------

AGAR-AGAR BUAH NAGA


Seperti biasalah wanita berkerjaya ni akan memilih menu yang paling mudah dan ringkas untuk juadah berbuka puasa. 

Mari kita lihat bahan yang diperlukan.

Serbuk agar-agar jenama NONA


*Masukkan serbuk agar agar ke dalam periuk. 

*masukkan 1000ml air (asingkan 2 cawan untuk dikisar dengan buah naga)
*Sebiji buah naga (asingkan sedikit untuk hiasan)

*4 sudu susu pekat

*1 helai daun pandan

*1 senduk gula

*didihkan semua bahan...tuang ke dalam bekas pelbagai bentuk...

*sejukkan dan boleh dihias

Isi dalam bekas dan sejukkan

Agar-agar yang dah sejuk dan beku boleh dihias sesuka hati anda

Selamat mencuba ♡







2 comments:

  1. Cantik..menarik dan nmpk menyelerakan... Msti sedap kn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh....sungguh sedap...haha....masuk bakul angkat sendiri ni

      Padam