Ahad, 23 Jun 2013

Ditulis pada hari Ahad, 23 Jun 2013 4 comments
Sumber :

Dari Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a katanya Rasulullah s.a.w telah keluar menuju ke tempat sembahyang (Musalla) untuk mengerjakan sembahyang Istisqa’ (sembahyang minta hujan) dan bahawa baginda apabila hendak berdoa (dalam khutbahnya sesudah sembahyang), baginda menghadap kiblat dan mengalihkan kain selendangnya (yang atas ke bawah). (Hadis sahih-riwayat Muslim)

Hadis ini dan banyak lagi hadis yang lain menjadi dalil bahawa sembahyang minta hujan disunatkan dalam Islam dan digalakkan mengerjakannya apabila kita mengalami musim 

Mengalihkan kain selindang atas ke bawah (cadar) sebagai simbolik menukarkan musim kemarau kepada musim hujan.
Pada masa itu orang Badwi mengalami musim kemarau dan rumput telah menjadi kering dan binatang mereka tiada makanan. 

Mereka meminta Nabi berdoa minta turun hujan. Lalu Nabi berdoa menghadap kiblat dan belum sempat Nabi bergerak keluar dari tempat sembahyang, datang tompok awan hitam (sebelum itu biru langit) dan hujan turun dengan lebatnya sehingga beberapa hari sehingga banjir (jalan tertutup, binatang lemas, rumah runtuh). 

Kemudian orang Badwi sekali lagi meminta pertolongan Nabi supaya berdoa untuk mengalihkan hujan. Lalu Nabi berdoa dan minta hujan dialihkan ke kawasan gunung-ganang, bukit-bukau, laut-laut tempat manusia tiada.

Rasulullah S.A.W bersabda :
    Daripada Anas (r.a) sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W telah berdoa meminta hujan baginda isyaratkan belakang tangan baginda ke langit. (Riwayat Muslim)

Solat Sunat dua raka'at yang dilakukan bertujuan meminta diturunkan hujan kerana berlaku musim kemarau yang panjang.

*Cara melakukannya :

    Seluruh penduduk kawasan yang terlibat berpuasa selama tiga hari berturut-turut sambil imam atau ketua kampung membanyakkan taubat.

    Hari keempat semua penduduk berkumpul di satu tempat terbuka di tanah lapang untuk melakukan Solat Istisqa' dengan penuh rasa yakin dan taat kepada Allah.

*Lafaz niat :
Sahaja aku Sembahyang Sunat Istisqa' dua raka'at kerana Allah Taala.

*Surah-surah yang dibaca :
1.  Raka'at pertama : ~ Surah Al-Fatihah
                                 ~ Surah Al-A'la
2.  Raka'at kedua :  ~ Surah Al-Fatihah
                              ~ Surah Al-Ghasyiyah

*Selepas solat imam hendaklah membaca khutbah.


Categories: ,

4 comments: