Banyu Manis Eco Resort terletak di Kg Bukit Kerayong Daerah Kuala Selangor ,Selangor .Resort yang bertemakan Eco-Tourism ini memberi tumpuan kepada ekologi dimana kebanyakkan tempat tempat dan chalet-chalet yang terdapat disini dinamakan dengan nama nama tumbuhan ,burung burung dan juga bunga bunga.
Banyu manis eco resort menjanjikan kawasan semulajadi yang menghijau dan dikelilingi oleh kawasan bukit yang akan menyisihkan kawasan ini daripada kesibukan kota dan menawarkan kemudahan dan aktiviti yang berpatutan
Hanya 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Shah Alam dan menuju ke Puncak Alam akan pastinya memberi pengalaman baru di tengah tengah kehijauan yang tidak akan di lupakan.
Jauh dari keriuhan kota, pengunjung berpeluang berjalan didalam hutan sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan dan suasana penuh kehijauan, atau merasai kesejukan air bukit yang disalur terus kekawasa mandian.
Aktiviti kembara malam membolehkan pengunjung merasai suasana kegelapan didalam hutan dan cabaran meneroka hutan didalam suasana kehijauan yang penuh kegalapan.
Akhiri hari anda dengan merehatkan fizikal dan mental sambil berdayung sampan dan memancing ditasik yang sedia ada disamping memerhati burung burung yang terbang bermain air di permukaan tasik.
Nantikan kisah sebenar saya berada di kem banyu manis ini selama 3 hari 2 malam di sini...
0 comments:
Catat Ulasan