Jumaat, 31 Mei 2013

Ditulis pada hari Jumaat, 31 Mei 2013 3 comments
Syukur alhamdulillah setelah lebih 10 hari saya tidak dapat membuka blog sutera ungu ini secara normal (versi web) akhirnya hari ini saya bernafas lega... Syukur alhamdulillah kerana ada sahabat yang senasib dan rajin pula bertanya-tanya dengan Pakcik Google akan jalan penyelesaiannya...kalau saya...sibuk dengan skrip jawapan. ..tak tergoogle la nampaknya..

 Semasa saya diserang Malware dulu...sahabat ini jugalah yang membantu merawat blog yang bermasalah...oleh itu saya ingin memperkenalkan sahabat baik saya ini...

Namanya Ustazah Zuraidah bt Mumin. Menggelar dirinya Maklong di dalam blognya kumohon redhaMu. Seiring dengan kepintaran suaminya dalam bidang komputer dan IT maklong sangat cekap menyerap sesuatu ilmu yang baru dipelajari...Sebagai blogger baru, maklong sangat gemar mengexplore terutama nya yang melibatkan ilmu blog...jika pembaca blog nak tahu. ..beliau di antara orang yang pernah 'make over' blog sutera ungu, Mari Belajar Bahasa Arab, Panitia Pendidikan Islam Smk Sg Besar, Pusat Sumber Smk Sg Besar, PPIM Smk Sg Besar

Berbalik cerita tentang blog saya yang dilanda 'penyakit' mfrapps.com. Saya hanya boleh membuka blog menggunakan versi mobile. ..jika tidak. ..inilah yang keluar. .

Rasa resah juga dengan kehadiran mfrapps.com ni...tapi Kesibukan tugas saya abaikan dulu si mfrapps.com ni...sehinggalah saya bertemu maklong. ..

Rupa2nya widget kalendar hijrah tu adalah puncanya....bila widget itu saya nyahkan. ..barulah sutera ungu nampak ungunya...syukran jazilan maklong a.k.a k.zu

Kepada mana-mana blogger yang mungkin menghadapi masalah yang sama...inilah jalan penyelesaiannya....



Inilah  wajah maklong pemilik blog Kumohon redhaMu
Categories: ,

3 comments: