Selasa, 21 Mei 2013

Ditulis pada hari Selasa, 21 Mei 2013 8 comments
Cendawan datang lagi...rezeki yang tidak disangka-sangka..

Syukur. ..pada awalnya saya tak berani nak makan cendawan ni...

Biasanya makan cendawan busut je...bila nampak lain sikit warna dan bentuknya...saya dah ragu-ragu..

Berkali2-suami saya menyakinkan saya...dan saya pun cuba bertanya dengan Pakcik Google "cara mengenal cendawan yang beracun"

Di antara kaedah mengenal cendawan yang tidak beracun ialah  :

*ada akar yang panjang

* baunya wangi

*ada serangga (seperti kumbang kecil) berkeliaran pada cendawan dan 'mereka'hidup...bukan mati..

Menurut abang ipar saya...nama cendawan ini ialah cendawan pelanduk...warna nya kelabu dan kulit luarnya lebih menggerutu berbanding cendawan busut.

Inilah cendawan tumis air yang sangat sedap dan manis. Hanya tumiskan bawang...masukkan air dan garam...masukkan cendawan..

Aromanya yang harum..rasanya yang manis. ..cukup menyelerakan dimakan dengan nasi panas.

Ini adalah cendawan busut.. Ia banyak tumbuh di kawasan kebun getah dan sawit...

entri sebelum ini saya ada masukkan tentang cendawan goreng tepung..

Ini adalah cendawan Susu Harimau... Agak sukar didapati...biasanya menjadi rebutan pengamal perubatan untuk dijadikan ubat kencing manis, darah tinggi, kolestrol dll.

Ini adalah cendawan kukur. Ia tumbuh di batang pokok yang telah tumbang (gambar Google)

Gambar Google
Inilah cendawan beracun. Namanya saya tak pasti...yang orang panggil cendawan tahi anjing tu yang mana ye...? Siapa ada info..







Categories: ,

8 comments:

  1. perkongsian yg bagus.... tengkiu share gambar2 cendawan tu..... hihi...

    www.jaakechik.com

    BalasPadam
  2. norzila. ...sama sama. tq jg sudi singgah

    BalasPadam
  3. ida nak cuba la cendawan tumis air tu. tak pernah buat lagi. thanks kak :)

    BalasPadam
  4. idda...cubalah..sdp tau..rasanya asli

    BalasPadam
  5. Tq.sebab sudi memberi info.. Jarang makan cendawan.. ;)

    BalasPadam
  6. Nur nba...sama2... cubalah...sedap tau

    BalasPadam