Isnin, 27 Mei 2013

Ditulis pada hari Isnin, 27 Mei 2013 2 comments

Sekali pandang dah tergoda...2 kali pandang ingin merasa...3 kali pandang dah habis semuanya. ..hehe ~ ~

Menu hari cuti. ..dapur pun sentiasa bertugas..ada saja idea nak mengisi perut...

Minum di petang hari bersama :
BUBUR CANDIL GEBU

Bahan - bahannya ialah :

Bahan A
1 kg tepung pulut
1 mangkuk tepung gandum
Air (agak2 je. ..kalau tepung dah boleh digentel tu..kira ok la. Bentuk pulak ikut suka hati je..)
Pewarna sirap (sebahagian sahaja adunan yang dicampur dengan sirap)

Bahan B
2 biji kelapa (ambil santannya)
10 keping Gula Melaka
Gula putih secukup rasa
3 helai daun pandan

Cara - cara membuatnya :
1 ) Didihkan air dalam periuk dan masukkan adunan yang telah digentel tadi hingga timbul. Kemudian ditos kan airnya.

2) Bahan B dimasakkan dengan api sederhana supaya tidak pecah minyak.

3) masukkan adunan tepung tadi ke dalam kuah..dan tutup api..

Selamat mencuba ♡

Categories: ,

2 comments: