Selasa, 9 April 2013

Ditulis pada hari Selasa, 9 April 2013 1 comment
 Hadis Qudsi : Bersabarlah dalam menghadapi penyakit. Sesungguhnya penyakit itu Penghapus dosa.

Salam buat semua pembaca blog sutera ungu. Lama betul saya tidak bersiaran . Pada mulanya kesibukan dengan tugas sebagai guru dan tugas sebagai seorang isteri, ibu dan suri rumah tangga  menghalang untuk membelek blog ini.

Tetapi sejak petang Jumaat lepas saya mengalami demam panas. Bila demam tak kebah, saya pun terpaksa berjumpa doktor.
 Inilah buah tangan yang  saya dapat selepas berjumpa doktor.

Di samping itu... Saya terus mengamalkan pemakanan sunah. 


Kurma dan buah tin buah tangan sahabat yang baru pulang Umrah. 


Hari ini.... Syukur alhamdulillah setelah 4 hari saya demam dengan izin Allah  SWT saya sudah sembuh.. Selepas sembuh tekak asyik nak makan buah... 

Dapat pulak cicah yang sedap.. Auwww..tak malu berhenti... Tapi... Jangan salah sangka ye.. Saya tidak mengandung. Hihi... 

1 comments: