Salam ukhuwah buat semua pembaca blog sutera ungu. Kesibukan dengan tugas sebagai guru dan ibu...menjadi kan saya kurang berkesempatan untuk kerap mengadap blog ungu ini...
Hari ini saya ingin berkongsi menu malas saya pada minggu lepas. Itupun saya masak semasa balik sebentar ke rumah ke2 saya di Felda Soeharto a.k.a Sg Dusun.
MASAK KICAP SEMPOI
1 mangkuk daging (lebih kurang 500gram)
1biji bawang besar*
1biji bawang putih*
1 inci halia*
1 biji cili benggala (kecil)
2 sudu sos tiram#
1 sudu sos cili#
1 senduk kecil kicap manis#
1 sudu kecil serbuk lada hitam#
1 keping asam keping#
1 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis
Cara2 membuatnya :
1) Tumiskan semua bahan yang bertanda *
2) masukkan bahan yang bertanda #
3) Masukkan daging
4) Masukkan air
5) tunggu hingga mendidih
6) masukkan bawang dan cili benggala yang telah dipotong2
Tadaaaa...dah siap dan boleh dihidangkan...
Selamat mencuba ;-)
0 comments:
Catat Ulasan