Isnin, 29 April 2013

Ditulis pada hari Isnin, 29 April 2013 No comments
Selamat Berkempen....Marilah berkempen menunaikan Solat di awal waktu....5 x sehari dengan khusyuk dan tawadhuk
 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” (Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim)

Salam ukhuwah fillah buat semua. Entri hari ini ialah tentang aktiviti Aiman di Kampung /Sg Dusun. Sedang asyik Aiman dan rakan2 sekampungnya bermain...azan asar pun berkumandang. ..

Tanpa berlengah saya pun mengarahkan Aiman dan rakan2 nya berhenti bermain untuk menunaikan solat Asar

Pelbagai reaksi  daripada mereka...ada yang kata :"aku kecik lagi...kau jelah yang solat. .." ada yang kata...."awal lagi...baru je masuk waktu"..dan macam2 bunyi lagi. ..termasuk lah dari Aiman sendiri..

Saya pun mulalah berkempen...

*kalau kita solat nanti Allah sayang kita (sebenarnya ini ayat biasa saya kepada Aiman)

*kalau kita solat nanti kita jadi orang pandai... (ada di antara mereka yang memberi pendapat..."kalau pandai nanti ada duit boleh beli ipad"..)

*kalau kita solat nanti kita masuk syurga... 

Saya lihat ada di antara mereka yang mula bergerak meninggalkan lokasi (kerana mereka berseluar pendek)

Selesai berwudhuk. ..saya lihat di ruang tamu sejadah dah terbentang. ..semua ahli sepermainan Aiman sudah ada...yang berseluar pendek sudah tukar seluar panjang.Sementara yang perempuan sudah bertelekung ...Oh...saya rasa sangat terharu...mereka ini anak-anak seawal usia 4 tahun...


 Saf tidak lurus...sebab yang bawah umur tu asyik bergerak2


Melentur buluh...biarlah dari rebungnya

Yang jersey hitam tu...keluar saf..sebab tak kena kipas katanya...

Ada 2 muslimah solehah

#Yang solatnya serba kekurangan tu ialah kanak2 bawah umur 6 tahun...

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud)

Inilah kempen saya
*marilah kita amalkan doa ini....selamat beramal




Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan