Sabtu, 23 Mac 2013

Ditulis pada hari Sabtu, 23 Mac 2013 4 comments

Seusai majlis Pertunangan semalam...kami pun bergerak meninggalkan Pasir Putih menuju ke Kota Bharu.. motif???...hihi...duit yang dibawa belum terusik..maka singgahlah di Wakaf Che Yeh...

Selain nak membeli apa yang patut..yang paling penting kami nak mencari tempat untuk bermalam untuk 13 orang (3 keluarga)

Semasa di Wakaf Che Yeh..saya sangat teruja dengan harga sutera crape...murah...banyak pilihan...cantik2...saya ni memang penggemar sutera crape pulak...di dalam suasana yang panas..kelam kabut kerana sambil keluar masuk hotel yang semuanya penuh...hari pun dah senja..maghrib dah menjelang tiba (kami berniat solat jamak takhir kerana belum berjaya dapat hotel yang kosong) sempat juga saya  membeli sutera crape...

Semasa nak membayar..cashier tak nak ambil duit...terkejut saya..percuma ke...kalau percuma beleh ambil banyak lagi...hehe. saya cakap.. dik! Cepat sikit sebab kami nak cari hotel...cashier tu hanya tersenyum..terpinga2 saya di buatnya...

Cashier tu akhirnya memberitahu..kak...waktu maghrib dah masuk...urus niaga kena diberhentikan selama 15minit untuk solat dan menghormati waktu maghrib....ooooh!! Barulah saya faham...malu pun ada...melihat saya hanya mendiamkan diri cashier tu tanya. ..akk marah ke? Saya jawab..saya kagum...saya takkan jumpa situasi seumpamanya di tempat lain...kecuali di Kelantan

I love Kelantan ♡

Categories:

4 comments:

  1. assalamualaikum ustazah..kirim sehelai sutera boleh??

    BalasPadam
  2. hanya ada di Kelantan sahaja tiada di negeri lain..Patut mencontohi seperti ini..

    BalasPadam
  3. cikra...betullah...kepimpinan ulamak....

    BalasPadam