Selasa, 12 Februari 2013

Ditulis pada hari Selasa, 12 Februari 2013 5 comments

TIBANYA 14 Februari setiap tahun tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda mudi sekarang.

Ada yang berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.

Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.

Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Categories:

5 comments:

  1. banyak lagi hari lain untuk meraikan yang tercinta kn...

    BalasPadam
  2. NoEn...betul...tiap2 hari boleh...jgn ikut budaya org agama lain kan....

    BalasPadam
  3. Syid myb ramai yg tidak tahu asal usul hari valentine sbnrnya ..sila baca- http://www.ppim.org.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=241:sudut-asal-usul-hari-valentine-rai-paderi-tumbang-kerajaan-islam&catid=70:sudut-agama&Itemid=299

    BalasPadam
  4. Xrajin nak sambut. hahahaha.Bagi saya...hari2 pon hari kasih sayang...rugilah nak ingat kekasih on hari kekasih je...

    BalasPadam