Isnin, 21 Januari 2013

Ditulis pada hari Isnin, 21 Januari 2013 2 comments
Siapa yang ada talam ni kat rumah? Mungkin di zaman moden ini ramai yang sudah tidak menggunakannya. Atau bagi generasi baru mungkin ada yang tak pernah lihat pun. Bagi saya..talam inilah himpunan aneka selera makanan. Semuanya berkumpul di sini...

Meskipun di zaman moden ini...dengan menggunakan set meja makan jati...set pinggan mangkuk corelle. ..tapi talam bulat ini tetap terhidang di atas meja ketika waktu makan. Suami kata talam kasih sayang. Pengerat hubungan kekeluargaan...dan...ada nilai kenangan pada talam tu...ye..kenangan zaman kanak kanak...kenangan bersama almarhum ayahandanya dan bondanya.... saya akur...kerana kenangan itu sangat berharga nilainya...


Ada banyak koleksi talam ni..pelbagai corak dan warna dalam simpanan saya



gabungan klasik dan moden.


Tadaaaa...jemputlah makan ye...
posted from Bloggeroid
Categories:

2 comments:

  1. di rumah saya takde talam mcm tu. di rumah abah adalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akk bawa ke rumh sg besar ni cukup utk buat kenduri tahlil atau kumpuln usrah suami...ala2 klasik gitu....hihi

      Padam