Jumaat, 4 Januari 2013

Ditulis pada hari Jumaat, 4 Januari 2013 No comments
Entri hari ini sangat istimewa kerana tajuknya. Teringat kenangan zaman persekolahan dulu, saya digelar dengan jolokan nama pisang. Ntah kenapa saya tak pasti. Mungkin kawan2 sering melihat saya membawa balik pisang dari Dewan Makan ke asrama. Sehingga gelaran itu termaktub di dalam majalah an nur (majalah sekolah).. bila teringatkan kenangan iti..membuatkan saya tersenyum.

Tetapi pada hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang pisang kapas atau nama gelaran yang selalu suami saya sebut ialah pisang monyet.

Pisang monyet ini sangat istimewa. Jantungnya boleh dicelur dan dicicah sambal belacan. Boleh juga dibuat kerabu. Daunnya boleh di buat bungkus makanan dan kuih muih. Batangnya bokeh dicincang jadi makanan binatang ternakan. Dan yang paling istimewa nya ialah buah pusang monyet yang masak ranum sedap dimakan begitu saja. Boleh dibuat kek, apam, cekodok dll tanpa diletakkan perasa pisang atau perasa vanila (untuk kek dan apam) kerana di dalam buah pisang monyet seolah olah mengandungi perasa vanila. Baunya yang wangi dan harum menjadikannya semakin istimewa..tidak hairanlah kenapa suami saya sentiasa memastikan anak pisang monyet tumbuh dan dijaga dengan baik.



posted from Bloggeroid

0 comments:

Catat Ulasan