Jumaat, 25 Januari 2013

Ditulis pada hari Jumaat, 25 Januari 2013 10 comments
Semasa mengemas rumah ke2 di Sg Dusun. ..saya terjumpa banyak pinggan ceramic China di dalam simpanan al marhumah ibu mertua saya (alfatihah). Di antaranya saya nampak berkena dengan corak bunga yang ini...

Manis bunganya...kata suami ini pinggan kesayangan ibunya (saya tidak pernah bertemu dengan al marhumah ketana beliau meninggal dunia semasa suami bersekolah di ting.6)


Saya pun membersihkan pinggab ini dan bawa balik ke rumah di Sg Besar..ada beberapa gambar dalam entri sebelum ini menggunakan pinggan ini


Ini di antara gambar pinggan antik yang dah digayakan dengan menu makanan



Nasi goreng bertopi. ..hehe. nampak bergayakan pinggan antik ni...


Ikan masin pun dah pandai bergaya dalam pinggan lama peninggalan ibu mertuaku

Suami kata jaga elok2 pinggan tu...saya faham...pada pinggan itu ada kenangan dan kasih sayang.
Kenangan indahnya bersama insan berjasa yang melahirkan, membesarkan, mendidik dan mendoakan sehingga suami saya menjadi seorang guru...oh.. pinggan antikku... ♡♡♡♡

posted from Bloggeroid

Categories:

10 comments:

  1. Nasi apa atas daun pisang tue?hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi goreng je...tp didandan atas pinggan antik..hehe

      Padam
  2. Kak Azie dah terfikir nak tegur tanya hari tu, tapi terlupa pula. memang wajar pinggan sebegitu dijaga dipelihara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye..pinggan aruah ibu mertua kak..suami suruh jaga elok2

      Padam
  3. Satu lagi, mohon boleh tak di OFFkan setting word verification di ruang komen ini, susah nak lepas komen. Terpaksa try 3,4 kali baru boleh lepas. Mujur tak pangkah jer tadi sebab tension. hehehe.

    terimakasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf la kak...dh ramai kwn yg mints off ka. Saya tak reti....hehe...malu jer kan...nnt sy cuba lg ye...

      Padam
  4. Yupp ! Entik memang kena jaga elok2 . Susah nak dapat . Jaga tau ! Encik suami pun suruh jaga tuu xD

    BalasPadam