Bila sebut sahaja ikan wadi, ia tidak asing bagi masyarakat berketurunan banjar. Malah orang melayu, jawa dan kampar juga menggemarinya. Ia hampir sama sahaja dengan ikan pekasam. Cuma bezanya cara pembuatannya.
Di antara bahan yang mesti ada untuk membuat ikan wadi ialah garam, asam keping, ikan sungai kebiasaannya. Boleh juga ikan laut. Beras yang disangai ( goreng tanpa minyak) sementara ikan pekasam pula menggunakan beras putih tanpa disangai.
**Cara cara membuatnya:
-bersihkan ikan yang ingin dibuat ikan wadi. Yang terbaik ialah ikan sepat dan puyu. Ikan apa pun boleh...ikut kesukaan anda
-taburkan garam atas dan bawah ikan
-biarkan semalaman. Ikan dengan sendirinya akan mengeluarkan air.
-keluarkan air tadi dan masak hingga mendidih (airnya je tau...)
-biarkan air ikan tadi sejuk
-sangaikan beras hingga warna kuning keperangan-kisar halus(dipanggil samu)
-lumurkan ikan tadi dengan samu hingga betul2 rata.
-masukkan air ikan tadi sedikit sedikit bersama beberapa keping asam keping
-tutup rapat-rapat
-tunggu hingga seminggu atau lebih baru boleh digoreng
**Cara menggoreng ikan wadi:
-goreng dalam minyak yang dalam dan api yang sederhana
-goreng bersama hirisan bawang merah dan hirisan cili kering. Boleh juga cili padi.
-boleh ditambah dengan hirisan buah belimbing buluh
#sedap dihidangkan bersama pulut atau nasi panas ♡♡♡
ikan pekasam ye...belimbing buluh tu pun mkn sekali? mkn dgn nasi panas sedap tu....
BalasPadamBelimbing buluh tu potong2 goreng sekali...yg ada sebijik2 tu saja nak memeriahkan suasana. ..hehe..
PadamTak pernah rasa lagi..ehhee^_^
BalasPadamSedap sgt....3 pinggan tak sedar...hihi
Padamtgk gambar je pon dah terasa sedapnya...
BalasPadamMmg sedap sangat....lagi kalau buatan nya betul2 ikut skema...
Padam1st time PC dengar ikan wadi ni;)
BalasPadamYe ke PC...ikan wadi ni mcm ikan pekasam. ..sedap tau..
Padamikan pekasam memang sedap kalau dimakan dengan sambal belacan...
BalasPadamBetul farah ...tengah pedas2 tu minum air teh o panas. ..fuhh..meleleh ayaq mata...haha
PadamBetul2 masakan kampung
BalasPadamDah mmg org kampung...
PadamAssalamualaikum... Sedapnyaa... terliur saya tengok...
BalasPadamSalam ukhuwah lillahi ta'ala kak =D Salam perkenalan...
Waalaikum salam...syukran sudi kenal akk
Padam