Siapa yang pernah berada di Timur Tengah khususnya Mesir pasti sangat mengenali roti ini. Bentuknya yang bulat, rasanya yang tawar dan enak dan baunya yang harum pasti mampu menggamit rindu. Harganya juga murah dan mudah didapati di kedai, pasar, tepi jalan malah dalam keretapi sekitar harga 10 sen -25 sen. Malah ianya akan dihidangkan bersama hampir semua hidangan makanan di Mesir. Inilah roti 'isy...
Bukannya tiada nasi di sana...tetapi masyarakat
Mesir lebih gemarkannya..murah dan mudah. Boleh dimakan bersama ayam panggang, kambing panggang, ikan , fuul, tokmiyah, udang, sayuran dan apa saja...
Inilah dia tokmiyah...sedap dimakan bersama roti isy...atau makan begitu saja
Marilah kita lihat resepi dan cara cara membuat roti isy ini...
250 gram tepung gandum
7 gram ragi /mauripan
5 gram garam
1 senduk yoghurt (Boleh diganti dengan sudu cair)
150 ml air ais
Cara cara membuatnya.
1. Campurkan semua bahan..air dituang sikit2 hingga rata..-diamkan 30 minit
2. Potong dan timbang 30 gram (boleh agak2 je)bulat2 kan..-diamkan lagi 25 minit
3. Gelekkan adunan hingga nipis dengan penggelek roti
4. Bakar dalam oven bersuhu 220°c boleh juga dibakar dalam kuali non stik. Namun lebih sedap dibakar dalam oven tanah seperti yang dibuat oleh orang arab.
#saya sangat gemar
1. isy bil kibdah (hati) yang dibeli di Mandarah Alexndria perjalanan ke tempat kuliah
2. Isy tokmiyah bil bidh (tokmiyah dan telur rebus) yang dibeli di Madinat Nasr (Rabaah) berhampiran rumah Selangor lama
3. Isy bil gambari (udang) bersalut tepung yang dibeli di Zamalek semasa berurusan di Kedutaan Malaysia di Mesir

posted from Bloggeroid
Categories: Alex dalam kenangan
0 comments:
Catat Ulasan