Khamis, 6 Disember 2012

Ditulis pada hari Khamis, 6 Disember 2012 No comments

Menu tengahari ini ialah nasi ayam. Baru pukul 10 dah ada yang tanya nasi ayam maksu dah siap ke...nak kata lapar tidak juga sebab pagi tadi sarapan nasi goreng...sabar ye...bagi maksu ambil gambar dulu..tadaaaa.... nasi ayam gaya orang kampung.. ada yang bertambah sampai 4 kali...

Resepinya..
1) SOS -2senduk besar cili kisar, 2biji bawang putih diketuk, 3-4 sudu cuka, 2keping gula melaka, gula pasir dan garam secukup rasa, segelas air. Masuk kan semua dalam periuk dan masak hingga pekat

2) AYAM PERAP
bawang putih 2 biji, bawang merah besar 1biji, halia muda 2 inci, jintan manis, jintan putih, ketumbar semuanya satu sudu teh, sos tiram 2 sudu dan garam secukup rasa. Perap selama 2 - 3 jam. Bakar dslam kusli pemanggang ajaib

3) NASI
bawang merah, bawang putih, halia muda, kulit ky manis, bunga lawang dan kiub ayam di tumis bersama 1 senduk minyak dan bila dah mula kuning tuangkan ke dalam nasi yang sudah hampir masak (letakkan serai dan daun pandan)gaul rata tunggu hingga nasi betul2 masak

#ini adalah nasi ayam versi ummiaiman/maksu/sutera ungu. Mungkin ada perbezaan dengan chef2 yang lain ♡

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan