Jumaat, 7 Disember 2012

Ditulis pada hari Jumaat, 7 Disember 2012 No comments

Sejak menjaga 6 orang anak, setiap hari jika suami saya tidak menjaga exam pasti ada saja aktiviti yang telah dirancang. Saya pun tak lepas peluang...boleh tumpang sekaki untuk mendapatkan gambar gambar yqng menarik di lokasi yang dipilih..

Petang semalam lokasi yang di pilih ialah pantai Sg Hj Dorani atau nama glamournya D muara..Saya turut gembira...sejak dulu pantai dan laut sering menjadi peneman di saat hati gundah..di kala jiwa resah...di waktu rindu datang bertamu... Pantai Alexandria yang indah..

Ketika suami dan anak anak riang mengutip siput dan bermain pasir...seperti biasa saya leka dengan hobbi saya mengambil gambar...suami saya dah faham sangat...dia leka melayan kerenah anak anak. Saya pula semakin asyik dengan keindahan ciptaan Allah..remang senja yang kemerahan..cuba untuk mendapatkan  gambar yang terbaik untuk simpanan peribadi...saya tidak sedar..langkah kaki semakin jauh menapak ke hadapan memijak lumpur yang di sangka tepian pantai berpasir dan.........persis kisah Malim Kundang...tubuh saya tertanam ke dalam selut sehingga paras peha... Syukur suami dan anak anak terdengar jeritan saya lantas memberikan bantuan pertolongan cemas..hihi...Suami saya kan Laftenan Muda JPAM..relaxx je melihat keadaan yang sedikit kelam kabut sambil menarik kayu bakau di tepi pantai untuk saya berpegang...dengan bantuan anak anak saya berjaya melepaskan diri dari selut bersama lumpur dan pasir..Syukur tiada apa apa yang berlaku...

Inilah pengalaman saya sebagai jurugambar tidak bertauliah ♡

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan