Isnin, 24 Disember 2012

Ditulis pada hari Isnin, 24 Disember 2012 No comments

Pada awalnya saya ragu ragu nak masak kacang ni. Sebab ingatka kacang peas tu yang hijau bulat yang di kopek kulitnya dan diambil isinya. Rupanya kacang peas ni ada 2 jenis. Dia dari spises yang sama. Yang ini kita makan tanpa dikopek kulit luarnya kerana bijinya pun lembut dan kecil.

Saya cuba beli sebab nak tau rasanya. Rupanya rasanya sangatlah sedap. Lemak dan manis dan rangup. Siapa yang belum pernah mencuba, belilah. Sedap teramat.

Cara2 masaknya..
*Siang kacang macam siang kacang buncis. Tepinya yang bertali tu ditarik.
*potong serong2. Ada juga yang masak tanpa dipotong
*Tumiskan bawang putih dan bawang merah
*Letakkan 2 sudu sos tiram
*masukkan udang
*masukkan kacang peas
*letakkan 1/2 cawan air
Gaul rata..jangan terlalu lama kerana akan menghilangkan kerangupan kacang peas

Selamat mencuba ♡♡♡

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan