Selasa, 18 Disember 2012

Ditulis pada hari Selasa, 18 Disember 2012 2 comments

Ikan yang selalu saya abaikan jika mencari ikan di pasar..bukan kerana rasanya tapi kerana lecehnya menyiang sisiknya yg tebal dan saiz badannya yang kecil.

Di Mesir ikan belanak dimasak di restoran mewah..tetapi saiznya lebih besar dari di sini. Saya pernah menikmati ikan belanak bakar di salah sebuah restoran di Raksuttin Alexandria bersama beberapa orang rakan. Uniknya di restoran ini..ikan bakarnya dimakan bersama 12 jenis pencicahnya.

Semalam semasa mencari ikan, saya terimbau kenangan di Alexandria bersama ikan belanak..saya pun membeli 12 ekor ikan belanak dgn harga rm4..saya mengambil masa agak lama menyiangnya dan yang lebih menyeronokkan semua ikan belanak itu mengandungi telur..eemmm...sungguh enak digoreng garing dimakan bersama kangkung tumis belacan... ♡

Categories:

2 comments: