Ahad, 23 Disember 2012

Ditulis pada hari Ahad, 23 Disember 2012 No comments
Salam hujung minggu...baki cuti yang kian berkurang..hari cuti ni dapat lah masak menu yang digemari. Kalau dah buka sekolah nanti..madak jika sempat, jika tidak beli saja di kantin sekolah. ♡

Ok..jom kita ke dapur. Selepas siap di bersihkan..ikan bawal boleh lah di goreng

Saya goreng macam biasa dengan garam dan kunyit




Ini adalah di antara bahan bahannya. Bawang merah, bawang putih , tomato dan halia. Lebih baik jika halia muda. Ada yang suka meletakkan sayur campur. Saya hanya hiriskan nenas untuk aromanya kerana anak saya tak menggemarinya.





Tumiskan semua bahan kecuali nenas. Letakkan 1/2 senduk kecil cili kering kisar. 1 senduk kecil sos cili. Boleh kurangkan jika tak suka pedas. Letakkan setengah cawan air, gula, garam dan nenas yang telah dihiris tadi.


Cili merah sebagai hiasan. Tadaaaa...

#di sini saya berikan tips memilih ikan bawal yang sedap. Pilih yang warnanya cerah kelabu cair. Bukan yang kelabu gelap kehitaman. Tanya dengan cina yang jual tu bawal tempatan. Taknak bawal import. ♡

posted from Bloggeroid

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan