Selasa, 25 Disember 2012

Ditulis pada hari Selasa, 25 Disember 2012 No comments

Salam ukhuwah buat pembaca blog ini. Entri kali ini saya ingin berkongsi menu ikan baung. Mana dapat? Abang ipar saya memancing. Ini bermakna ikan ini segar dan dagingnya rasa sangat manis.

Mula mula saya siang ikan baung dan potong potong kerana ikan baungnya agak besar. Cara membasuh ikan sungai amat penting kerana baunya yang hanyir kadangkala menjadi sebab sesetengah orang tidak menggemarinya.

Selepas disiang, bersihkan ikan macam biasa dan akhir sekali rendam ikan dengan air perahan limau kasturi atau limau nipis bercampur garam.2 minit kemudian tuskan ikan dan siram dengan air bersih.

Barulah ikan baung boleh dimasak.
*10 biji cili padi (boleh dikurangkan jika tak suka pedas)
*1 biji bawang besar
*2 biji bawang putih
*1 inci kunyit hidup
*1 biji kelapa
*2 batang serai
*1 helai daun kunyit
*1 keping asam keping
*garam secukup rasa

Cara cara nya
1)Bawang dan cili dan kunyit dikisar dan di tumis.
2) Ketukkan serai. Masukkan daun kunyit, ikan dan santan cair.
3) Bila sudah mendidih masukkan asam keping, garam dan santan pekat.
4) Potongkan tomato. Masukkan dan tutup api.

#kakak ipar saya suka makan bersama ulam pucuk kadok.

Selamat mencuba

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan