Sabtu, 10 November 2012

Ditulis pada hari Sabtu, 10 November 2012 No comments

Selepas saya selesai majlis di sekolah Aiman dan suami saya selesai menjaga MUET di PSIS tadi, seperti rutin kebiasaannya kami pun bertolak ke Sg Dusun...setelah berhenti solat asar di masjid belia 2 S Panjang,kami pun meneruskan perjalanan...dan bila sampai di pertengahan jalan Sg Panjang....jalan tersebut dinaiki air..banyak kenderaan yang mencuba untuk meredah air, akhirnya menyesal kerana enjin kereta dimasuki air..

Saya dan suami akhirnya buat keputusan untuk patah balik! Ini bermakna saya perlu melalui jalan batang berjuntai untuk sampai ke Sg Dusun! Maka perjalanan kami jadi berganda jauhnya..nak marking paper pun tak mungkin dengan keadaan jalan yang sangat berombak ombak...maka layan blog dan instagram je la...

Ketika entri ini dipost...saya masih dalam perjalanan dan keadaan cuaca masih hujan dan mendung bercampur dengan hari yang semakin senja..:-)






Categories:

0 comments:

Catat Ulasan