Jumaat, 5 Oktober 2012

Ditulis pada hari Jumaat, 5 Oktober 2012 3 comments

Pusat Asuhan Tunas Islam (pasti)... Syukur kerana Muhammad Aiman bersekolah di Pasti Mawaddah. Ketika baru sebulan bersekolah di Pasti, Aiman sudah hafal beberapa amalan dan doa di antaranya syahadah, iqrar Radhitu billahirabba,doa sebelum makan dan selepas makan,doa sebelum tidur dan bangun dari tidur,dan doa kepada ibu bapa..Rasa terharu dan bersyukur kerana di usianya 4 tahun dia dah mampu menghafaz walaupun pelat nya masih ada. Bukan umminya tak boleh ajar di rumah,tapi......al maklumlah anak manja sorang ni...

Setelah lebih 9 bulan Aiman belajar di Pasti,kini semakin banyak yang dipelajarinya...doa naik kenderaan,doa keluar dan masuk rumah,doa kebahagiaan dunia dan akhirat,dan bacaan dalam solat..bila di suruh solat tak lah susah macam dulu...sebab dia tau kalau tak solat nanti berdosa dan Allah tak sayang....juga dah mula kenal huruf. Kalau baca tu dah tak nak iqrak1..Dia kata cikgu ajar ba bi bu...iqrak 3 tu...hehe yang 2 pun belum habis lagi... Kadang kadang bila nak keluar rumah dia ingatkan,ummi,,, baca doa keluar rumah la...hihi..

Apa pun...syukur pada Allah atas segala kurniaanNya...juga tak dilupakan jasa guru guru di Pasti Mawaddah atas didikan,bimbingan dan tunjuk ajar kalian kepada anak anak Pasti generasi akan datang pembela agama..









Categories:

3 comments: