Ahad, 7 Oktober 2012

Ditulis pada hari Ahad, 7 Oktober 2012 No comments

Sudah lama saya tidak menulis tentang khasiat. Selepas makan buah belimbing tengahari tadi,tergerak di hati nak tulis tentang khasiat belimbing. Belimbing ada dua jenis. Belimbing yang di masak bersama masak lemak cili api udang atau ikan sungai atau asam pedas di panggil belimbing buluh. Belimbing yang sedikit manis,yang berbentuk seperti bintang bila dihiris di panggil belimbing besi... Berikut ialah khasiat belimbing besi :

1. Mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan kencing manis.Di potong kemudian dikisar. Tapis airnya diminum 2x sehari
2. Boleh membersihkan usus. Amalkan makan buah belimbing besi sebelum makan makanan yang berat seperti nasi,mee dah lain lain
3. Bertindak sebagai antioksida dan juga anti cancer
4. Merawat masalah penghadaman dan sembelit
5. Di India, belimbing dijadikan ubat demam dan untuk memberhentikan darah jika luka.
6. Di China belimbing dijadikan sebagai ubat muntah dan cirit birit. Daunnya diramas dengan sedikit air,diletakkan di dahi,boleh menghilangkan sakit kepala. Pucuknya boleh mengubat cacar air.




Categories:

0 comments:

Catat Ulasan