Jumaat, 12 Oktober 2012

Ditulis pada hari Jumaat, 12 Oktober 2012 No comments
28 mac 2008 tarikh paling bermakna dalam hidup saya. Setelah menunggu lebih 3 tahun akhirnya dengan izin Allah SWT saya dikurniakan cahaya mata.

 Syukur...selama 3 tahun saya dapat merasai perasaan ibu yang belum ada rezeki untuk menimang anak..

Sejak disahkan mengandung saya dipantau oleh Dato' Dr Hamid Arshat.. Minggu minggu akhir sebelum kelahiran saya semakin kerap ke Bukit Damansara untuk membuat pemeriksaan kandungan.

Proses kelahiran akan diadakan di Hospital Pantai Bangsar.Hari Jumaat...telah tiba masanya untuk bersalin setelah 14 jam saya berada di Labour Room. Dengan penuh debaran dan teruja saya melalui saat melahirkan anak. Syukur semua berjalan lancar dan diberi kemudahan.

Jam 11 malam lahirlah Muhammad Aiman ke dunia ini...syukur di atas anugerah ini Ya Allah..terima kasih kepada Dr.Hamid b. Arshat,dan semua staff Hospital Pantai, Bangsar yang memberikan layanan yang baik kepada saya. Walaupun bayarannya mahal tapi berbaloi.. :-)


























0 comments:

Catat Ulasan