Wanita diciptakan Allah swt dengan ciri ciri fisiologi yang berbeza dengan lelaki. Antara yang paling ketara ialah pusingan haid yang tetap berbentuk kitaran bulanan. Oleh itu beberapa amalan untuk mengisi 'kekosongan masa' ketika haid amat disarankan :
1. Selaraskan niat sebagai ibadah
Setiap amalan ialah ibadah seperti amalan yang baik,berlandaskan niat yang ikhlas kerana Allah dan tidak melalaikan.
2. Berzikir
Zikir ialah tali pengikat keakraban kita dengan Allah swt ketika haid. Pelbagai jenis zikir boleh diamalkan ketika haid seperti istighfar,tahmid,takbir,tasbih dan pelbagai jenis selawat.
3. Menambah ilmu
Waktu solat dan baca quran kini menjadi waktu lapang tanpa agenda? Gantikannya dengan bahan bacaan agama sama ada dalam bidang aqidah,fiqh,sirah,akhlaq atau apa sahaja bidang yang membawa kita ke arah mendekatkan diri kepada Allah swt.
4. Masih dekat dengan quran
Tidak boleh membaca tapi masih boleh mendengar,membaca tafsir dan mengkaji isi kandungannya. Siapa kata wanita yang haid jauh daripada al quran
5. Berbakti pada ibubapa atau suami
Manusia yang paling bijak dan paling berguna ialah yang dapat memberi manfaat pada orang lain. Pada waktu haid pun anda masih boleh menambah pahala dengan berbakti pada ibubapa atau suami
6. Memperbanyakkan doa
Pada waktu haid juga wanita boleh berdoa tetutamanya waktu mustajab berdoa seperti ketika hujan,antara azan dan iqamah,pada mlm jumast dan lain lain masa yang sesuai.
7. Memperbanyakkan sedekah
Wanita yang sedang haid boleh menambah kuantiti sedekah dengan wang ringgit atau harta benda,. Harus diingat...kata kata yang baik juga adalah sedekah...senyuman juga adalah sedekah....menolong orang juga adalah sedekah...
Andai kita inginkan pahala dan kebaikan,ia pasti boleh dilakukan tidak mengira masa.... Semoga kita semua menjadi wanita solehah bakal menghuni syurga Allah swt :-)
0 comments:
Catat Ulasan