Ahad, 24 April 2016

Ditulis pada hari Ahad, 24 April 2016 No comments

Operasi Spot Forex: Halal Atau Haram?

 
 
Dewasa ini perdagangan spot forex secara individu melalui platform elektronik semakin popular dan ia menjadi sumber pendapatan sampingan banyak pihak. Fenomena ini disemarakkan lagi dengan perkembangan teknologi serta kemudahan akses internet di serata dunia. Masyarakat Islam umumnya dan di Malaysia khususnya turut terlibat dalam perdagangan spot forex secara online.
 
Namun, masih ramai umat Islam yang syak dan ragu-ragu tentang kesahihan aktiviti ini dari sudut syarak kerana beberapa faktor, antaranya kadar kerugian yang dialami oleh pedagang spot forex amat tinggi, ketidakpastian tentang operasi sebenar spot forex dan terdapat peruntukan undang-undang yang melarang pembabitan masyarakat Malaysia dalam transaksi forex kecuali melalui peniaga-peniaga yang diberi kuasa (authorised dealers) atau institusi-institusi kewangan yang dibenarkan atau peniaga-peniaga bukan bank yang terpilih sahaja.
 
Bagi menjawab dan mencari jawapan kepada isuperdagangan spot forex secara individu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Akademi Antarabangsa Kajian Syariah Dalam Kewangan Islam (ISRA), Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Persatuan Institusi-institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) telah berjaya mengadakan Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia Kali Ke-7, pada 31 Mei 2011 bertempat di Dewan B1, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Operasi Spot Forex secara individu melalui platform internet merupakan fokus utama perbincangan dalam muzakarah kali ini.
  
Muzakarah telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B); Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Muzakarah kali ini telah dipengerusikan Tan Sri Dato’ Sheikh Ghazali bin Ab Rahman. Turut serta dalam muzakarah kali ini, pakar rujuk muzakarah iaitu SS Dato’ Haji Hassan bin Haji Ahmad. Seramai 200 orang peserta yang terdiri dari kalangan panel penasihat syariah bank  dan takaful, ilmuan Shariah, ulama, ahli ekonomi, pegawai syariah bank, dan peguam telah turut serta dalam muzakarah kali ini.
Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan sepanjang muzakarah ini iaitu:
  1. Kefahaman Umum Terhadap Perdagangan Mata Wang (Forex) dan Kedudukannya Dalam Syarak yang dibentangkan oleh Dr. Asmadi bin Mohamed Naim (UUM)
  2. Perdagangan Mata Wang (Forex) dan Pandangan Syarak Mengenai Pegendaliannya yang dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad @ Md. Som bin Sujiman dari ISRA.
  3. Perdagangan Mata Wang (Forex) Kedudukannya Dalam Undang-undang dan Kesannya ke atas Ekonomi yang dibentangkan oleh Puan Fakihah binti Azahari dari Tetuan Nik Hisyam, Fakihah & Co
Melalui muzakarah sehari ini lima rumusan muzakarah telah diputuskan antaranya “Jual beli matawang diharuskan oleh syarak, namun perlu mematuhi dawabittertentu selain menggelakkan unsur-unsur-unsur syibh riba, tipu daya, judi, qabd yang tidak jelas dan gharardalam  operasi spot forex secara individu melalui platform elektronik. Operasi spot forex ini juga didapati tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia”.
 
Bagi Makluman lanjut Berhubung Muzakarah, sila layari portal e-muamalat dihttp://www.islam.gov.my/muamalat/.


sumber info :

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan