Selasa, 15 April 2014

Ditulis pada hari Selasa, 15 April 2014 1 comment

Ia merupakan di antara menu kegemaran keluarga saya. Jika ada kenduri atau perjumpaan ahli keluarga menu ini wajib dimasak. Ia juga kegemaran almarhum Kekanda saya Muhammad yang telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 2008 (al fatihah).

Selain mengingati kenangan bersama almarhum kekanda Muhammad dan juga memperkenalkan menu warisan keluarga, ia juga dapat membantu saya meneruskan misi menaikkan HB ( Hemoglobin ) darah memandangkan esok Khamis 17 April tarikh pemeriksaan darah yang seterusnya.


Tumis Kacang Panjang Dan Hati

Bahan-bahannya ialah :

5-6 helai kacang panjang
4-5 ketul hati dipotong 4
Bawang merah
Bawang putih
Cili merah
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Garam secukup rasa

Cara memasaknya :

1) gaulkan hati dengan 
garam kunyit dan goreng
2) Jika sudah masak, angkat  dulu hati.
3) Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih dan cili  Merah (dalam gambar saya guna cili tomyam sebab tiada stok cili merah dalam peti sejuk)
4) Masukkan kacang panjang dan 1/2 cawan air hingga empuk
5) masukkan hati dan garam secukup rasa. 
6) gaul rata dan boleh di hidang kan
Categories: ,

1 comments: