2 jam yang pertama adalah Ceramah dan penerangan di dalam dewan dan 2 jam yang berikutnya ialah praktikal di padang sekolah. Penceramah yang mengendalikan sesi ini ialah Tuan Haji Suhaimi bin Jalil, Penceramah Lembaga Tabung Haji Sg Besar.
Ketika bersama murid dan rakan di padang saya terimbau kenangan tahun lalu ketika saya melakukan latihan intensif haji di padang yang sama.
Bila berada di hadapan replika kaabah, saya terkenang pertama kali saya melihat kaabah semasa menunaikan haji tahun lalu. Ada sebak di dada...ada genang air mata...ada getar di jiwa...ada doa yang dilafaz...ada keampunan yang dipohon..di pancur emas, di penjuru Hajarul aswad, di hijr ismail...dan tempat-tempat mustajab berdoa...
Ada kenangan terindah...ada hajat terlaksana...ada harapan termakbul...moga diampun segala dosa...bisakah lagi aku ke sana? Kini 'putera Multazamku' menunggu masa melihat dunia...semoga menjadi anak soleh penghuni syurga...
BAGUSNYA ADA ILMU CM NIE
BalasPadamMmg best sgt...
Padam