Selasa, 18 Mac 2014

Ditulis pada hari Selasa, 18 Mac 2014 No comments

Kenapa Perlu Minum Air Gula Semasa Hamil?

Apa itu gestational diabetes?

Gestational diabetes, yang juga dikenali sebagai gestational diabetes mellitus, GDM, adalah diabetes semasa mengandung. Ini adalah sejenis diabetes timbul apabila seorang perempuan mengandung tetapi tidak mempunyai diabetes semasa belum mengandung.

Selalunya, perut dan usus akan menghadam karbohidrat dalam makanan dan menukarnya menjadi glucose. Selepas tu, glucose akan disalurkan ke dalam darah untuk membekalkan tenaga.

Penyaluran glucose ke sel-sel badan memerlukan hormon insulin. Hormon ini dihasilkan oleh pankreas. Sekiranya anda mempunyai diabetes, tubuh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau sel tubuh badan tidak dapat mengunakan glucose seperti yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan glucose terkumpul dalam darah dan menyebabkan diabetes atau kandungan gula tinggi dalam darah.

Bagaimana ingin tahu jika anda ada GDM?

Selalunya ujian gula (glucose) akan dilakukan pada usia kandungan 24 - 28 minggu. Jika anda mempunyai risiko untuk mempunyai GDM seperti contoh pernah mempunyai masalah ni semasa kandungan sebelumnya, latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes, faktor usia atau lain-lain masalah yang difikirkan perlu, doktor akan membuat ujian lebih awal dari 24 minggu. Mungkin sejurus selepas mengetahui anda mengandung.

Adakah GDM akan memberi kesan pada Bayi anda?

Kebanyakkan wanita yang mempunyai GDM akan melahirkan bayi yang sihat, terutamanya apabila mereka kawal kandungan gula dalam darah mereka dengan makan makanan sihat, buat senaman ringan dan mantain penambahan berat badan yang sihat.

Namun dalam beberapa kes, GDM boleh memberi kesan kepada kandungan dan baby. Ini adalah beberapa risiko:-

1. Tubuh badan baby dalam kandungan lebih besar dari normal. Dalam kes ni mungkin perlu menjalankan pembedahan c-section untuk melahirkan baby.

2. Kandungan darah dalam badan baby terlalu rendah. Dalam kes ni, disarankan untuk mula breastfeed secepat mungkin agar dapat membantu menyalurkan glucose pada baby. Dalam kes berat, baby mungkin terpaksa diberi glucose melalui tube drip terus ke darah baby.

3. Baby mungkin akan mempunyai jaundis.

4. Baby mungkin mempunyai kesukaran untuk bernafas dan perlu diberi bantuan oksigen.

5. Baby mempunyai level mineral yang rendah dalam darah. Ini boleh menyebabkan otot 'twitching' (tergerak-gerak) atau krem. Tapi ini boleh diselesaikan dengan memberi mineral pada baby.

Apa yang perlu dilakukan jika ada GDM?

Selalunya kandungan sentiasa sihat jika ibu mengandung ikut apa yang disarankan oleh doktor. Beberapa cara umum untuk terus sihat adalah:-

1. Ketahui bacaan gula dalam darah anda dan pastikan ia sentiasa terkawal – Adalah lebih mudah untuk senantiasa mengetahui bacaan gula anda agar ianya senantiasa terkawal. Mungkin anda perlu ulang alik ke klinik untuk buat ujian. Jika mampu boleh beli alat pengukur dan buat ujian dirumah.
Amalkan diet yang sihat – Selalunya doktor akan menasihatkan dan mencadangkan pemakanan yang sesuai dengan anda.

2. Selalunya pengawalan makanan berkarbohidrat adalah mustahak. Makanan tinggi gula juga perlu dikawal. Biskut, cookies, roti putih banyak terdapat gula tersembunyi maka perlulah kawal pengambilannya.

3. Buat ativiti fizikal tahap sederhana – Bersenam dapat membantu mengawal level gula dalam badan. Pilih yang terbaik dan mintalah nasihat doktor.

4. Mantain berat badat yang sihat – Pastikan penambahan berat badan adalah sihat. Penting untuk membuat rekod ini. Namun selalunya klinik atau hospital bersalin akan memantau juga dalam hal ini.

5. Buat rekod harian berkenaan diet, aktiviti fizikal dan bacaan gula. Ini akan membantu anda mengetahui apa yang membantu anda dalam mengawal gula dan apa yang akan meningkatkan bacaan gula.

6. Terdapat juga kes yang teruk dimana Ibu terpaksa mengambil insulin untuk menurunkan level gula dalam darah. Namun ada juga yang perlu buat ujian darah darah untuk mengetahui jika mereka mendapat glucose yang secukupnya.

Sumber info :

https://m.facebook.com/NGGthebest/posts/651825194843808

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan