Selasa, 31 Disember 2013

Ditulis pada hari Selasa, 31 Disember 2013 7 comments
2013 bakal melabuhkan tirainya. Menjelang esok hari bermulalah tahun baru 2014. Pastinya tahun 2014 diharap memberi lebih kebaikan...kesihatan...rezeki dan yang paling  penting peningkatan iman dalam amalan dan kehidupan seharian.



2013 meniggalkan baaaaanyak kenangan  suka dan duka...sedikit sebanyak dapat diimbas di dalam blog ini. Walaupun bukan semuanya... namun blog suteraungu87.blogspot.com ini ada menyimpan kisah dan suka duka kehidupan.

2013 yang tinggal beberapa jam bersisa...saya dikhabarkan oleh blogger terkenal ciklaili.com tentang penulisan saya di dalam blog beliau (sebagai penulis jemputan) mendapat tempat ke-4 view tertinggi (2394 view) daripada 19 orang penulis jemputan beliau.




http://www.ciklaili.com/2013/02/resepi-ayam-masak-merah-banjar-ampal.html

Waaah....sungguh gembira...bukan kerana ganjaran wang yang diberi tetapi penghargaan sebagai blogger syok sendiri seperti saya....amat besar nilainya.


Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada blogger ciklaili atas kesudian beliau menjemput saya yang 'kerdil'  ini menulis di blog ciklaili.com. Jika ada peluang jemputlah lagi saya menulis di blog ciklaili..♥





Categories: ,

7 comments: