Seperti rutinnya saya sekeluarga akan menjenguk rumah ke2 kami di Sg Dusun setiap hujung minggu. Oleh kerana banyak nya urusan...kami sampai lewat. Lebih kurang jam 6.45 petang. Serik dengan lauk pauk yang dibeli di bazaar Ramadhan, saya masak juga walaupun kesuntukan masa.
Pucuk ubi rebus
Pucuk kadok ulam
Belimbing buluh lagi....
Saya gorengkan ikan gelama dan masak cili berapi dengan belimbing buluh.
Bahan - bahannya ialah :
7-10 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 cm belacan
--------------------------
Semua bahan dikisar dan ditumis.
Masukkan hirisan belimbing buluh, gula dan garam secukup rasa.
# inilah menu segera selera kampung
#menu tambahan ialah telur dadar (tidak dipaparkan di sini)
Sedapnya...rindu kg.. Huhu
BalasPadamSaya pun org kamdar...ujung minggu kampung awal minggu bandar =kamdar
Padam