Salam hujung minggu.. (nampak sangatlah ini entri yang tertunggak. ..) hehe....siang tadi saya agak sibuk tak sempat nak update blog. Saya terus balik ke rumah selepas balik kursus haji di Masjid Makmuriah.
Hari ini saya offer menu pada ahli keluarga dalam rumah ni..hihi macam la ramai sangat...
Ok...hari ni Abi nak menu asam pedas dan air epal (menu kegemaran)
Aiman pula nak karipap dan air milo (entri khas tentang karipap selepas ini)
Ummi a.k.a suteraUngu pula nak makan pecal dan air kosong
Entri kali ni saya cerita tentang kuah pecal.ok jom ke dapur...!
-1/2 kilo kacang tanah -digoreng
-10 biji cili kering -digoreng
-2biji bawang merah-dihiris dan digoreng
-2biji bawang putih-dihiris dan digoreng
-2sudu penuh udang kering-digoreng
#Semua bahan di kisar kering
-3-4sudu gula putih
-1/2 sudu garam
-sedikit air asam jawa
#semua bahan kisar dibancuh dengan air panas dan campur dengan gula garam dan asam.
#jika suka boleh campur dengan daun kencur atau daun limau purut
Tadaaaa ♡♡
Oh..sangatlah suka pecal..lagi2 balik suangai besar atau kuala selangor, kalau g pasar memang beli..Sedapnya!!
BalasPadam