Rabu, 6 Februari 2013

Ditulis pada hari Rabu, 6 Februari 2013 7 comments

Di petang yang damai....cuaca dingin. ..hujan renyai2....hehe... petang ni sutera ungu ada tetamu...adinda (ucu) a.k.a ummi afnan dan bonda tercinta. ....

Selepas balik dari aktiviti Kokurikulum di sekolah tadi..saya ke dapur yang dah 2 hari rehat. Hari bekerja Isnin -Khamis saya beli je lauk di kantin sekolah. Hari Jumaat - Ahad baru "masuk ofis ke2" saya ni sebab Jumaat balik awal dan Sabtu Ahad cuti...

Petang ni saya masuk  ofis lebih awal kerana ada tetamu...adinda suka sangat makan kue teow. Aiman panggil mee penyek..kelakar kan...mula2 dulu saya pun tertanya2 juga apa ke mee penyek tu...rupanya kue teow..mungkin rupanya yang leper2 tu dia panggil mee penyek..hihi..

Jom mulakan masak!
-1 bungkus kue teow (pastikan ada tanda halal Jakim)
-1bawang merah, 1bawang putih dan 10ekor ikan bilis dikisar dan ditumis
-masukkan 1 sudu cili kisar (kurang pedas sebab ummi afnan menyusukan anak) dan masukkan ayam
-2 sudu sos tiram
-2 sudu kicap pekat
-2 sudu kicap biasa
-1 sudu sos cili
-masukkan udang dan sayur
-masukkan kue teow

#kacau hingga rata dan taburkan daun sup,bawang goreng dan cili merah

Tadaaaaaa. ...♡♡♡♡

Categories:

7 comments: