Rabu, 20 Februari 2013

Ditulis pada hari Rabu, 20 Februari 2013 2 comments

Salam subuh buat semua pembaca blog ini. Hari ini entri saya berkaitan tentang "Kehebatan Kaabah"

*Kehebatan Kaabah -boleh memberi ketenangan kepada sesiapa yang memandangnya.

*Dengan merenungnya kita akan lupa segala urusan dunia.

*Pandangan seseorang akan berbeza apabila melihat kaabah di siang hari dan di malam hari.

 *Pada siang hari Kaabah akan nampak kecil dan rendah tapi pada malam hari ia seolah besar dan tinggi. Itulah kuasa Tuhan. 

*Burung-burung tidak akan terbang di atas Kaabah, kalau ada burung terbang di atasnya bermakna burung itu sakit dan sedang berubat. Burung pun tahu kehebatan Kaabah itu.

*Kaabah inilah tempat turunnya rahmat di mana 20 bahagian rahmat itu terletak pada sesiapa yang memandang Kaabah, 40 bahagian rahmat yang bersolat di Haram, manakala 60 bahagian rahmat kepada yang bertawaf mengelilingi Kaabah. 

*Satu perkara yang menajubkan, lantai diseluruh dataran Kaabah iaitu tempat bertawaf sentiasa sejuk walaupun pada panas terik.

Sumber asal daripada : Mohd Ezli Mashut

Categories:

2 comments: