Sabtu, 13 Oktober 2012

Ditulis pada hari Sabtu, 13 Oktober 2012 No comments

Selepas balik dari membawa pengantin anak saudara saya Ulfah Mansurah di Kelang, kami ingin pergi ke KLIA...bukan untuk naik kapal terbang, tapi untuk melihat kapal terbang! Hehe...

Sebenarnya ini adalah permintaan anak saya sejak beberapa bulan yang lalu..bila abi nak bawa kita KLIA? Kita nak tengok kapal terbang...memandangkan hari masih awal, abinya pun bersetuju untuk menunaikan hajat anakandanya itu..

Setiba di KLIA, Aiman begitu teruja melihat ruang yang begitu luas..dia mencari cari manakah kapal terbang. Bila nampak kapal terbang je...Aiman kata...kita bukan nak tengok je...tapi kita nak naik kapal terbang juga... Emmm..insyaAllah..ada masa dan kelapangan kita akan naik kapal terbang suatu hari nanti..

















Categories:

0 comments:

Catat Ulasan