26 Disember 2004 (tarikh tsunami) saya disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar di Felda Soeharto.. Sebuah perkampungan tanah rancangan felda yang terletak di Hulu Selangor. Dari tarikh itu saya sah menjadi sebahagian daripada warga Felda dan sejak itu jugalah saya akan melawat rumah peninggalan aruah ibu dan bapa mertua saya pada setiap minggu..
Anak saya memanggilnya rumah kampung...Setiap minggu dedaun sawit melambai lambai kami untuk pulang ke sana. Keadaan di rumah kampung ini siangnya agak panas dan pada waktu malamnya sangat sejuk...macam ada aircond tapi takde suiz... Pada waktu siang kami akan bersantai di bawah pepohon manggis untuk meredakan kehangatan sang mentari...sementara waktu malam kami berebut selimut dek kerana kedinginannya...
Berhampiran dengan rumah kampung terdapat rumah abang suami saya. Anak anaknya lah yang srlalu menemankan Aiman untuk bermain. Amin sarhan, syakirin dan syafizan. Bila waktu cuti sekolah mereka akan datang ke rumah kami di Sungai Besar.
Walau pun ibu dan bapa mertua saya telah tiada,tapi rumah peninggalannya kami jaga dengan rapi.. Suami saya seorang yang sangat teliti dalam penjagaan rumah...sawang,habuk,mesin rumput,cabut rumput,baja dan siram pokok bunga...bakar sampah,sapu rumah luar dan dalam seolah olah rumah tersebut sentiasa berpenghuni...
Kami akan berkumpul adik beradik sebelah suami pada cuti panjang atau pada hari raya..malah adik beradik saya juga selalu berkumpul di sini sambil menikmati hidangan 'selera rimba'.. Menu yang paling digemari ialah masak lemak pucuk ubi,telur rimba,ikan keli dll...
Bila tiba musim buah,rumah kampung ini menjadi lebih meriah...buah yang ada di sekeliling rumah ialah buah manggis,rambutan,pulasan dan langsat..sementara durian dan cempedak berada di kebun sawit yang terletak agak berhampiran dengan rumah. Sungguh meriah menikmati hasil kurniaan Allah SWT.
Al fatihah buat ayahanda Hj Abdul Rahman bin Omar dan bonda Hjh Zaleha bt. Mohd Akim. Semoga roh mereka tenang di sana bersama para solihin.
0 comments:
Catat Ulasan