Air soya suci bermaksud air soya yang dibuat sendiri. Bukan air soya kotak yang mengandungi bahan awet, dan bukan juga air soya pasar malam yang tidak pasti kesuciannya dan sudah sedikit cair kerana dicampur air yang terlalu banyak.
Membuatnya begitu mudah....
1) rendam kacang soya 4-5 jam
2) kisar dengan air masak
3) tapis dengan tapisan yang halus seperti tapisan kain untuk air kopi
4) masuk dalam periuk + gula + daun pandan, masak hingga mendidih
5) boleh di hidangkan panas atau pun sejuk
**selamat berbuka puasa :-)
Categories: Resepi
0 comments:
Catat Ulasan