Selasa, 3 Mac 2015

Ditulis pada hari Selasa, 3 Mac 2015 1 comment

Apa Perlu Dilakukan Elak Bayi Sembelit?
Sembelit pada bayi akan membuatkan kita menjadi risau. Berikut adalah langkah-langkah mudah yang boleh diambil untuk melegakan ketidakselesaan bayi anda dan mencegahnya daripada sembelit.

Langkah 1

Perhatikan perubahan najis bayi apabila terdapat perubahan diet pada bayi. Terdapat sesetengah makanan mungkin menyebabkan bayi sembelit.

Jangan ambil makanan yang boleh menyebabkan sembelit seperti:-

Bijirin beras
Pisang
Lobak yang dimasak
Keju
Yogurt
Roti putih
Pasta
Kentang berlebihan

Langkah 2
Apa Perlu Dilakukan Elak Bayi Sembelit?

Beri bayi anda makanan yang membantu melembutkan najis, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi serat. Buah-buahan dengan sorbitol (seperti epal dan plum) membantu mengelakkan najis daripada menjadi kering dan padat.

Makanan yang membantu melembutkan najis termasuk:

Buah Pic (Peaches)
Aprikot
Pir
Plum
Kacang peas

Langkah 3
Apa Perlu Dilakukan Elak Bayi Sembelit?

Berikan bayi anda jus buah-buahan yang dicairkan dengan air, dua kali sehari. Sorbitol dalam jus buah-buahan (termasuk prune) membantu melegakan sembelit. Jus prun berkesan kerana terkandung sorbitol, asid kafeik, dan dihydrophenylisatin.

Untuk mencairkan jus:
Tambah 1oz  jus untuk air 4oz atau ...
Cairkan 10z jus dalam 20z air .

Langkah 4
Apa Perlu Dilakukan Elak Bayi Sembelit?

Urut perut bayi, sebaik-baiknya semasa memandikan dengan air suam. Untuk urutan yang berkesan, urut bermula dari pusat dan urut ke luar mengikut arah jam.

Urutan di perut boleh mempercepatkan pergerakan makanan melalui usus.

Langkah 4
Apa Perlu Dilakukan Elak Bayi Sembelit?

Gerakkan kaki bayi anda seperti membuat kayuhan basikal. Ini akan membuatkan otot perutnya bergerak dan menyebabkan tekanan lembut pada usus.

Caranya:-

Baringkan bayi anda diatas tilam
Genggam kakinya
Gerakkan kakinya dalam gerakan berbasikal yang cepat tetapi lembut

Sumber info : mamapeduli.blogspot.com

Categories:

1 comments: