"Kisah Isteri, Suami dan Anak Patung Yang Menyentuh Hati"
Tersentuh sungguh saya membaca kisah ini.
Ringkasnya, sepasang suami isteri aman bahagia, tiadalah mereka bersengketa kerana peribadi isteri yang amat mulia.
Di awal perkahwinan, si isteri berpesan kepada suaminya supaya usah membuka sebuah kotak yang disimpan di bawah katil, hinggalah saat-saat akhir kehidupan mereka.
Selepas 50 tahun perkahwinan, usia mereka pun mencapai 70-an manakala si isteri mulai sakit-sakit di perbaringan.
Maka teringatlah suami perihal kotak di bawah katil...
Lalu diambil kotak dan dibuka di depan isteri, alangkah terperanjatnya apabila melihat dua anak patung comel dan wang lebih 100 ribu banyaknya...
Sambil mengesat hiba airmata, si isteri berkata "ibuku berpesan di awal perkahwinan kita supaya aku mentaatimu sepanjang waktu...sekiranya aku terasa hati atau terdetik marah padamu...hendaklah aku diam dan membuat anak patung dari sisa-sisa kain perca..."
Si suami tidak dapat menahan pilu mengenangkan peribadi mulia isterinya itu...lalu bertanya "aku faham mengenai dua anak patung ini...namun apa ertinya wang yang banyak melebihi 100 ribu ini ?"
Si isteri tenang saja, seraya menjawab "wang itu adalah hasil jualan anak-anak patung sepanjang usia perkahwinan kita bang..."
Si suami tertunduk pilu.
Tergambar bagaimana besarnya pengorbanan seorang isteri menahan rasa, memintal marah dan kecewa, untuk terus teguh mempertahan institusi keluarga.
Selayaknya isteri seumpama ini ditempatkan di syurga firdaus yang terindah dan teristimewa.
Sumber info : m.facebook.com/story
kisah yang menarik yang dapat menjadi contohan dan motivasi buat kebahagiaan suami isteri dan keluarga, terima kasih atas dimuatnya kisah diatas ...salam kebahagiaan untuk anda juga , sangat bermanfaat.
BalasPadamTq aisyah. Salam perkenalan
Padam