Jumaat, 5 September 2014

Ditulis pada hari Jumaat, 5 September 2014 No comments


LAUT yang terbentang luas bukan sahaja mendamaikan, malah desiran ombak yang memukul pantai dapat merehatkan minda yang penat memikirkan pelbagai persoalan kehidupan termasuk bebanan kerja di pejabat.

Justeru untuk merehatkan fikiran, lokasi percutian yang menarik dan menyajikan panorama indah pastinya menjadi pilihan.

Selain itu, faktor jarak yang dekat dengan lokasi kediaman turut menjadi perhitungan dalam memilih tempat pelancongan.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

D'muara Marine Park terletak 5km dari Pekan Sungai Besar dan 90km dari Bandaraya Shah Alam.

Berkonsepkan alam dan telah dibangunkan di pesisiran pantai Sungai Haji Dorani menghadap laut  Selat Melaka yang lengkap dengan prasarana serba moden dan eksklusif sesuai untuk beristirehat, seminar, mesyuarat dan hari keluarga sambil menikmati ketenangan melihat panorama aktiviti nelayan Pantai Sungai Haji Dorani.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

0 comments:

Catat Ulasan