Cerita yang kedua pula mengisahkan satu peristiwa di mana seorang perempuan yang mandi di teluk itu telah kehilangan seketul intan yang menghiasi sanggulnya. Maka apabila pedagang-pedagang bertanyakan nama teluk itu penduduk disitu akan mengatakan ‘Teluk Intan Hilang’. Singkatnya dipanggil Teluk Mak Intan sahaja. Dalam beberapa catatan lain pula tempat ini diberi nama yang berbeza-beza. Minit mesyuarat Dewan Negeri Perak pada tahun 1882 mencatitkan namanya sebagai Teluk Ma’ Hitam. Residen Hugh Low pula memberi nama ‘Melintang’. Seorang penulis Melayu memanggil tempat ini sebagai ‘Teluk Mak Intan’. Pada tahun 1880, enam tahun selepas campur tangan Inggeris di Negeri Perak, pusat pentadbiran Hilir Perak ialah di Durian Sebatang. Tetapi General Archibald Anson, Pegawai Daerah Hilir Perak mendapati Teluk Mak Intan lebih sesuai. Beliau telah memindahkan pusat pentadbirannya ke situ. Beliau telah menyusun semula kedudukan dan pelan bandar Teluk Mak Intan. Tetapi dengan adanya kesedaran untuk mewujudkan keperibadian sendiri maka pada 1 Januari 1982, setelah satu abad berlalu, Kerajaan Negeri Perak telah menggantikan nama Teluk Anson dengan nama ‘Teluk Intan’.
Categories: Jalan jalan
Akak pegi teluk intan ke? Tempat lahir dan membesar saya tu. hehehe
BalasPadambestnya x pernah sampai sane lg
BalasPadamsy tak pernah tau ttg sejarahnya macam mana..cuma tau nama telok anson dr ayah. Dia panggil teluk anson. xpanggel teluk intan.. susah nak ubah katanya.
BalasPadam