Simptom mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia merupakan satu proses iaitu apabila beberapa perubahaApa yang perlu saya lakukan pada awal kelahiran?
Dalam peringkat awal kelahiran, yang juga fasa terpendam, anda mungkin rasa perkara-perkara berikut:
1) Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
2) Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
3) Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
4) Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.
Bagaimana anda rasa dalam peringkat awal kelahiran bergantung kepada:
1)samada anda pernah bersalin sebelum ini;
2)bagaimana anda melihat dan bertindak balas terhadap kesakitan;
3)bagaimana persediaan anda untuk menghadapi kelahiran.
Anda perlu menghubungi doktor sekiranya:
1) air ketuban anda pecah, atau jika anda syak bahawa anda mengalami kebocoran cecair amnion;
2) bayi anda kurang bergerak berbanding biasa;
3) anda mengalami pendarahan faraj (kecuali jika ia hanyalah sedikit mukus yang bercampur darah);
4) anda mendapat demam, sakit kepala yang teruk, mengalami perubahan dalam penglihatan, atau sakit pada bahagian abdomen yang berterusan dan tidak surut-surut.
Apa yang perlu saya lakukan pada awal kelahiran?
Ini bergantung kepada waktu ia berlaku, apa yang anda suka lakukan dan bagaimanakah perasaan anda. Sentiasa tenang dan relaksboleh membantu proses kelahiran berjalan dan membantu anda menangani kontraksi. Buatlah apa sahaja yang dapat membantu anda kekal tenang.Anda boleh menonton filem kegemaran anda, berehat atau meminta rakan atau ahli keluarga untuk menemani anda. Anda boleh berjalan dan berehat secara berganti-ganti, atau anda boleh mandi air suam untuk melegakan lenguh-lenguh dan kesakitan. Jika boleh, cuba berehat sebagai persediaan untuk anda bekerja keras nanti.
Dalam fasa awal kelahiran, anda mungkin rasa lapar, oleh itu makan dan minumlah jika anda berselera. Ini dapat menenangkan hati dan membantu anda berehat.
Peringkat awal kelahiran juga adalah masa yang sesuai untuk mencuba posisi yang berlainan dan teknik-teknik pernafasan untuk melihat samada ia boleh membantu anda menangani kontraksi, memandangkan kini anda sedang melaluinya! Jika anda mempunyaimesin TENS, inilah masanya untuk menggunakan mesin ini.
Bolehkan saya tahu jika kelahiran akan berlaku dalam masa terdekat?
Mungkin. Tanda-tanda pelahiran termasuk:- Ringan (apabila kepala bayi mula turun ke bawah dan tetap pada posisinya dalam pelvis anda). Anda akan dapati ketika ini lebih mudah bernafas dan makan. Tetapi anda juga lebih kerap membuang air kecil.
- Pertambahan rembesan faraj dan lebih berlendir.
- Kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.
- Pembuangan najis lebih mudah.
Sumber info : Www.babycenter.com.my
Semoga semua nya dimudahkan Allah. Entri tentang Doa Mudah Bersalin akan menyusul kemudian
l
GREAT TIPS
BalasPadamTq zakiah
Padamakak bila duenya..saya doakan akak dipermudahkan urusan utk bersalin
BalasPadamLama lg ain...awal jun . Tq atas doamy
Padam