Jumaat, 11 April 2014

Buatmu Sahabat



Syukur alhamdulillah atas segala nikmat dan anugerah Ilahi yang tidak ternilai. Hari ini Jumaat penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah. Hari ini juga saya merasa sangat indah dan bahagia. Rezeki yang melimpah ruah... Rezeki orang mengandung .    


..namun bukan semata-mata hidangan makanan yang tersua di hadapan mata...ianya lebih dari itu...nilai sebuah persahabatan...nilai Ukhuwah yang sangat indah dan menceriakan.


Ada seorang sahabat bertanya. ..apakah  keseronokan datang bekerja setiap hari? Saya kata seronok sebab dapat bertemu sahabat-sahabat seperjuangan.
 Yang sedih dihiburkan...yang lemah dibantu..yang silap dibetulkan...yang salah dimaafkan...yang alpa diingatkan...yang taktahu di beri tunjuk ajar...
Senyum tawa dapat menghiburkan tekanan bekerja. Ada yang suka beri nasihat dan motivasi, ada yang suka bagi doa, ada yang suka belanja makan, ada yang suka bawa hidangan, ada yang suka menerangkan sesuatu isu, ada yang suka belikan 'sesuatu', ada yang suka membantu, ada yang macam buat tak tau tapi dalam diam mendoakan kebaikan buat kita




Kepelbagaian menjadikan kita bersatu...ibarat sebuah keluarga. Jika tidak bersua rasa rindu.  Bila bertemu tidak jemu..berbeza pendapat dah tentu...tapi tidaklah sampai bermasam muka. Saling memahami dan menghargai antara satu sama lain. 
Buat sahabat-sahabatku :
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga

Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cer
ita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..
RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)


Doa Buat Sahabat
Ya Allah …
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ……

0 comments:

Catat Ulasan